Wednesday, 18 October 2017

Menunggang Basikal



Gambar rakan-rakan Saya yang mengambil Ujian Menunggang basikal

Pada hari Sabtu, 7 Mei 2016, saya bersama-sama Pasukan Pandu Puteri Tunas  SK Convent 1 Bukit Nanas telah pergi ke Taman Tasik Titiwangsa untuk mengambil Ujian Basikal. Ujian Basikal ini telah diadakan pada pukul 3 petang sehingga 5 petang. Cuaca pada masa itu amat baik, aman dan berangin.

Basikal Hadiah Hari Jadi Saya 

Sebelum ujian diadakan, kami telah diberikan taklimat cara-cara ujian basikal dijalankan oleh Kakak Setia. Penguji yang pertama ialah Encik Samsul bin Nordin iaitu  seorang jurulatih berbasikal. Penguji yang kedua pula ialah Cik Halimahtussaadiah binti Ghazali iaitu Ketua Penasihat Pendidikan Jasmani Kesihatan SK CBN 1. Saya berasa amat gembira dan seronok kerana dapat mempelajari cara menaiki basikal dengan betul, selamat dan juga mempelajari cara-cara penjagaan basikal.



Seronok bersama rakan saya menunggang basikal


No comments:

Post a Comment