Pada bulan April yang lalu,persatuan Pandu Puteri Tunas dari sekolah SK Convent ( 1 ) Bukit Nanas telah menganjungkan program "Teddy Bear Tea Party" di Hotel Majestic.Setiap orang perlu membawa patung beruang sendiri.
Kami menaiki bas dari sekolah.Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi.Setelah kami sampai ke hotel tersebut,kami perlu mendaftarkan diri.Setelah kami mendaftarkan diri, kami pun bermula program tersebut dengan manyanyikan lagu Negaraku,Wilayah,dan lagu Dunia.Setelah kami makan, kami menonton cerita yang betajuk "Trolls".Setelah kami menonton cerita itu, kami pun balik pada pukul 1.00 petang.
Inilah pengalaman saya tentang "Teddy Bear Tea Party".
Sunday, 22 October 2017
Wednesday, 18 October 2017
Menunggang Basikal
| Gambar rakan-rakan Saya yang mengambil Ujian Menunggang basikal |
Pada hari Sabtu, 7 Mei 2016, saya bersama-sama Pasukan Pandu Puteri Tunas SK Convent 1 Bukit Nanas telah pergi ke Taman Tasik Titiwangsa untuk mengambil Ujian Basikal. Ujian Basikal ini telah diadakan pada pukul 3 petang sehingga 5 petang. Cuaca pada masa itu amat baik, aman dan berangin.
| Basikal Hadiah Hari Jadi Saya |
Sebelum ujian diadakan, kami telah diberikan taklimat cara-cara ujian basikal dijalankan oleh Kakak Setia. Penguji yang pertama ialah Encik Samsul bin Nordin iaitu seorang jurulatih berbasikal. Penguji yang kedua pula ialah Cik Halimahtussaadiah binti Ghazali iaitu Ketua Penasihat Pendidikan Jasmani Kesihatan SK CBN 1. Saya berasa amat gembira dan seronok kerana dapat mempelajari cara menaiki basikal dengan betul, selamat dan juga mempelajari cara-cara penjagaan basikal.
| Seronok bersama rakan saya menunggang basikal |
Subscribe to:
Comments (Atom)